Sory..aku try nk berfkir scr logic jap kat cn..aku masih baru ngan isu anwar sbnarnya dan xamek port sgt ..aku akui yg aku masih baru..aku try nk fahami benda ni skang since ramai yg post dlm fb..so, aku research la sket
“Anwar harus mengangkat sumpah sekiranya tiada bukti untuk dikemukakan bagi menegakkan kebenaran dalam kes itu.”- dr masyitah
Ermm..oke..aku pun heran jgak sbnarnya apsal anwar xnak angkat sumpah..tp saiful bukhari angkat sumpah..ni nk menunjukkan yg dia betul2 xbersalah..ttba aku terpkir..saiful angkat sumpah, means dia xda bukti k skang?? Klu dia ada bukti utk perthankan diri apsal dia sibuk2 nk bersumpah??mungkin mahkamah xnk terima bukti dia kot..bukan sebb dia xda bukti or saksi..sefaham aku laa..enlighten me klu aku salah
Apakah dgn bersumpah bole menjamin yg anwar adalah tdk bersalah??lepas ni akan ada x episode liwat III dan yg terbaru zina I (bakal ada zina II kot in future)?? klu la bole, mmg anwar akan bersumpah jgak aku rasa..probnya, dulu pernah anwar bersumpah masa liwat I yg dia xbersalah..tp still msuk lokap jgak..klu la dgn hikmat bersumpah je dia ble dikategorikan xbersalah, best gila klu mcmtu..cuma aku rasa anwar mungkin bosan kot ..bersumpah ngan xbersumpah sama jaa..samada dia bersumpah atau tak nanti mmg sama ja pengakiran kau anwar..so, apa point dia nk bersumpah skang klu xda beza??
Aku mmg bergntung kpd hujah..org yg bersumpah ni tergolong dlm glongan yg lemah ja..tp mungkin anwar akan bersumpah jgak 1 hari nant..xtau..xda sapa tau benda in future..
Aku xfaham apsal diorang nk jatuhkan anwar dgn jln fitnah..korang xrasa ke masa depan Malaysia skang terletak kat bontot saiful bukhari?? Arghh dem..makian free ja aku bg..ble dak korang serang anwar dgn isu yg lebih profesional???klu dia buat salah dlm isu penyelewengan, ha bidas la blik dlm hujah yg sama topic..ni idak..guna jgak jln fitnah utk jatuhkan org..diorang ni pun satu, pkir anwar ni bersifat maksum kot..xkan xjmpa salah lain??ntahkan dulu masa dia ngan Mahathir dia ada wat salah selewengan..ha pukul la atas sbb tu..haih
Kena ingat, rakyat adalah manusia biasa yang hanya mendengar, melihat dan berfikir cara biasa yang mungkin salah tafsirannya. Inilah ujian akhir zaman untuk manusia berstatus khalifah yang di sebut dalam Quranul Karim.
rupa2nya sumpah laknat adalah xbole dipakai dlm kes anwar..sumpah laknat hanya bole digunakan untuk urusan suami isteri yang menuduh isteri pasangan mereka berzina, sebagaimana wujud peruntukan di dalam Al-Quran dalam surah an-Nur ayat 6-8. Ertinya :
“Dan orang-orang yang menuduh isterinya (berzina), padahal mereka tidak ada mempunyai saksi-saksi selain diri mereka sendiri, maka persaksian orang itu ialah empat kali bersumpah dengan nama Allah, sesungguhnya dia adalah termasuk orang-orang yang benar. Dan (sumpah) yang kelima: bahwa laknat Allah atasnya, jika dia termasuk orang-orang yang berdusta.” (An-Nur 6-7)
Sumpah mubahalah juga tidak perlu dan tidak terpakai, kerana sumpah mubahalah memerlukan kedua-dua belah pihak untuk bertemu dan sama-sama bersetuju..
tp beb, sumpah biasa masih sah..tp sumpah bi
asa sepatutnya hanya dilakukan sesudahkan ‘bayyinah’ atau bukti yang diiktiraf oleh syarak dikemukan di mahkamah. mende la kan bayyinah ni? so, aku research sket..
keperluan bayyinah: Di dalam Islam, setiap individu adalah dianggap TIDAK BERSALAH selagi belum dibuktikan bersalah.
Imam Ibn Qudamah dalam kitabnya al-Mughni (10/139) dan para ulama menjelaskan ringkasan bahawa untuk mendapatkan bayyinah, ia bergantung kepada kes. cth zina dan liwat. Syarat untuk penuhi bayyinah : Empat saksi lelaki adil atau pengakuan pelaku.
Selagi tiada saksi sebegitu, kes MASIH BOLEH diadili tetapi IA BUKAN LAGI TERMASUK DALAM KES HUDUD BAGI SI TERTUDUH. Manakala yang menuduh tanpa empat saksi pula BAKAL DISABITKAN KESALAHAN QAZAF, penuduh hanya boleh terselamat dari hukuman qazaf (yang perlu dilaksanakan di dunia, jika tiada, hukumannya menanti di akhirat amat berat) apabila membawakan 4 saksi seperti di atas atau membawa kes tanpa 4 saksi secara senyap dan tertutup untuk perbicaraan di mahkamah. Di sana, hakim mahkamah akan menyemak semua bukti-bukti tambahan sama ada video, DNA, gambar dan sebagainya untuk beliau menjatuhkan sebarang keputusan di bawah peruntukan ta’zir.
mungkin ssh nk bawak 4 org saksi lelaki adil..wallahualam..xda ilmu, xtau nk jwab.. tp sapala aku nak query hukum Allah..aku yakin ngan peraturan Allah..even hudud nk dijlnkan kat m'sia..mmg aku setuju sbb aku percaya islam adalah pemudah cara dlm segala hal..insyaAllah
pd hemat aku..anwar, sumpah biasa udah ler..even diorang xkemukakan 4 saksi lelaki adil nk wat cmn..dr 1 segi, ni kan bg nk menangkis sangkaan buruk org ramai..kita pun ble reduce hukuman qazaf kat org lain..herm..walaupun begitu, kita kena faham yg sumpah biasa ni xbole senang2 ja guna..jgn bersumpah utk menagih simpati oke, nk tarik perhatian org dan curi hak org lain..mcm apa dah jadi dunia skang..amanah dlm bersumpah kena tanggung..
mungkin pd peringkat ini, strategi politik diperlukan..mungkin juga maruah yg dirasakn mungkin terjatuh seolah telah berjaya dipaksa untuk turut bersumpah etc..tp beb..penulisan aku mmg hak peribadi aku..aku adalah pemerhati politik dipihak yg neutral..ahli akademik yg melihat isu2 semasa n cuba fahami apa yg berlaku..aku cuba utk xmelatah..bila aku ckp neutral, maksud, mna2 parti yg nmpak buat benda xbaik disisi islam, mmg aku tegah..baik kiri kanan atas bawah..xkesah la
Sesungguhnya orang-orang yang menukar janji (nya dengan) Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka itu tidak mendapat bahagian (pahala) di akhirat, dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan melihat kepada mereka pada hari kiamat dan tidak (pula) akan menyucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih (Al-Imran : 77)
korang xseram k baca surah kat atas??meremang aku..oke, aku smbung research lagi..lpas tu baca hadis kat bwah lak..isu kehakiman..
Tidak boleh se0rang hakim memberi keputusan terhadap 2 orang ( yang dibicarakan) sedang dia dalam keadaan marah ( terhadap salah seorang atau sebab lain). ( Riwayat Al-Bukhari)
Para ulama sepakat menyatakan hadis di atas bukan hanya TERHAD kepada ‘marah’ tapi merangkumi semua emosi-emosi luaran yang menganggu seperti disebut di atas. (Al-Mabsut, Al-Sarakahsi, 16/78 ; Al-Minhaj wa nihayatul Muhtaj, 8/94 )
so 'marah' ni tergolong dlm emosi luaran mcm ngantuk, lapar, sedih, sakit, takut itu ini, etc..heh
tmbah sedih skang ni, isu ni mmg disensasikn ke khalayak rmai..org yg xda kelayakn asas pun bole jadi hakim..dah jadi caca-marba..undang2 mcm bole buat main2..sory to say yg aku dah hilang keyakinan kat cn..klu dah jadi mcmtu..my advise: We need to step back and stop judging uncertainty coz we dnt have basis yg dharuskn dlm islam utk berbuat demikian ..tp xsalah klu nak ambil tahu..cuma elak utk tentukan pendirian n letakkan keyakinan keatas kes ni..byk propaganda dimainkan disini oke..wallahualam
p/s: pendirian terhadap tatacara kehidupan islam saja..korang jgn bertuhankan parti..parti bole berubah..sapa tau in future..
byk source aku copy, lupa nk link balik..huhu..link poksue kot xingt..