23 april 2012
430am - Solat dan tazkirah..ttba ada pak arab baling candies dlm grup kami..
Breakfst 630am
830am
Ustaz muhammad have a big quarel with arabs..typical aarb mmg panas baran dan suka beretngkat like it is the end of the world..tp diorng jenis yg xsimpan dlm hari..kejap ja gaduh..kata
Ke masjidilaqsa..berehat di ladang zaitun..tatkala ini, duduk di atas dahan zaitun sambil menulis ipad..tnh br digembur..
Tourist nonmuslim bole msk 2 jam shj setiap hari 9am-11am..penah jgak ada tourist dr jepun msk masjid aqsa.. Org yg tgh blajar di kwasan masjid ni baling batu ke arah polis israel..
Ke masjid marwani dan masjid buraq..
Ke church st mary??yg dibina oleh queen alia??
Berkenalan dgn sameerah di masijid umar..she is living in jerussalem..solat zuhur dan asar di sini..jesus said: i am indeed a slave of Allah, Allah is my lord and ur lord. So worship him alone (3:51)
Melewati king solomon's quarries (zedekiah's cave) yg juga trletak di sekitar masjid aqsa..kelihatan 2 tentera israel patrol kwsan dgn menggunakan kuda..
Lunch di dewi cinta cafe..philipines restaurant..kata abah, philipine ada huungan diplomatik ngan israel..tp konfius juga antara karakter philipines and indonesia..
245pm-heading to salman alfarisi Dan dan jabal zaitun
Tazkirah dlm bas oleh imam asyraf
Wattin - bkt tursina
Zaitun - jabal zaitun
315pm- Last bergmbar di mount of olive..maqam salman alfarisi is just around the corner, so kami pun lawat..teringt kisah salman al farisi jd arkitek masa perang khandak/ahzab/parit. dia yg suggest kat nabi muhammad spy gali parit dlm selama 6 hari. sbnarnya kisah salman al farisi sgt la byk..dia asalnya agama majusi kendian ke nasrani kendian brlah islam..dr parsi kembara ke syam dan last ke madinah br jumpa nabi muhammad saw...yg pling aku terkesima psal salman ni masa imam asyraf cerita pasal time dia nk kawin..housemate salman ni abu darda'..salman ni ada minat kat wanita ansar ni, pastu minta tlg abu darda tlg p pinang sat..last2 wanita ansar ni nak kat abu darda'..kendian aku ingt salman ni mestila marah, alih2 dia tumpang gembira utk abu darda siap cover duit mahar dan nafkah..salman jgak jd saksi pernikahan..masyaAllah, bgus sungguh2..nk nangis aku
keluar dr makam, antara graffiti conteng disekitar kawasan maqam salman alfarisi, "hamas", "Everybody want to go to the heaven, but they dont want to die"
Org palestine sendiri pun ssh dan 1st time msk masjid aqsa..alhmdulillah kita org luar dpt diberi peluang msk ke masjid aqsa..
Saat ini, sygnya aku pd bumi palestine..terlalu indah..kenyang rohaniku..kiri kanan bas, xda apa2 melainkan padang berbukit bersama kambing2 meragut rumput.. Adakalanya, bukit berumput dan adakalanya gersang..perumahan arab badwi miskin dibbuat dr khemah2..
Stopby at maqam nabi musa..
Bumi yg dipenuhi dgn nabi2 Allah, sahabat nabi muhammad saw, dan para anbiya'..
530pm-selesai imigresen check N heading to ashabul kahfi
Tazkirah ustaz muhammad..pemuda2 n anjing tidur selama 309 thun..bila depa bgun tidur, mrk masih muda, xdimakan usia selama 309 thun..
Mereka akan berkata; Jumlah Ashaabul-Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka; dan setengahnya berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka, sebagai tekaan akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kelapannya anjing mereka. Katakanlah: Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Maka janganlah kamu berbahas mengenai mereka kecuali secara zahir, dan jangan kamu bertanyakan tentang mereka kepada seseorang pun dari mereka.(Al-kahfi:22)
"Masa adalah makhluk", kata ustaz muhammad..sbb masa diciptakan oleh Allah..
7pm arrive ashabul kahfi..solat maghrib isya..sbnarnya ada 3 gua yg menjd sandaran.. di turki, di syria, dan di jordan..apapun gua di jordan lebih menepati ciri2 dlm al-quran..padanla abah beria2 sgt minta ustaz muhammad masukkan gua ni dlm itinerary
dikatakan nama pemuda2 ialah: Tamlikha, Miksalmina, Mikhaslimia, Martelius, Casitius, Sidemius dan seorang pengembala kambing bersama anjingnya Qithmir
Stopby at anabtawi..jual manisan..mahal 4jd for 100 gram..auntie i'ni beli..ni manisan yg aku slalu perabis makan yg syakila punya..hahaaha..ada sesetengah org xsuka mkan..tp aku melantak ja
930pm
Berenti makan di restoran jordan..lots of food..xlarat habes makan..buang makan mcm tu ja..aku sedih sbb rezki yg dikurniakan gagal utk di nikmati dgn berkesan..aku hny berharap yg depa xbuang ..mungkin kucing jalanan bole makan bila campur2 mcm tu..buahan bole tapau sbb kering..aku sedih tringtkan kebab yg byk atas meja td..sungguh aku bukanlah manusia bersyukur..ar ineral sebotol seliter usd 3 bersamaan ngan rm 10..sini, air mineral mmg melampau2 mahalnya..
Perut dah mula sakit lepas makan manisan jordan..mungkin ni juga balasan sbb aku xhabes makan td..astaghfirullah..
Rasa arabic coffee..berpinau mata aku..campuran herba yg byk bertujuan utk memanaskan badan..disediakan dlm cawan yg kecik..oke, aku surrender
sembang ngan abah, katanya setakat ni, abah dah 3 kali sesat..hermm
Berenti di larsa hotel, amman ambil bag semula..trus ke airport
1215am -queen alia international airport,amman, jordan
Setel imigresen check..imigresen di jordan smooth and steady..perasan ada electronic gate..jordan bukanlah mcm negara arab yg lain..living in a high standard living..Sini pun ada smokin zone dlm airport..dr 1 segi, baguslah..sekurang2nya alert dgn org yg xsuka asap..aku lepak di starbucks pinjam wifi
penerbangan dgn royal jordanian airlines..
No comments:
Post a Comment